Nurul Sarahain Asyiqin, nama yang di berikan oleh arwah ayah dan
ibunya, anak kedua dari 5 beradik seibu dan seayah yang telah dipisah-pisahkan oleh isteri dan
ayah tirinya yang tamak kan harta yang sengkangkang kera milik ayah mereka dan memeras mereka supaya bekerja....
Ashrar mengambil peluang pada rehat pertama yang di khaskan untuk pelajar tingkatan tiga untuk memanggil kakaknya untuk menjayakan rancangan yang telah dirangka-rangkanya dari malam tadi lagi, iaitu melarikan kakaknya sebelum sesuatu yang buruk akan berlaku pada kakaknya. Kerana malam tadi dia terdengar perbualan Pak Cik Rais suami arwah ibu mereka selepas arwah ayah dan isteri kepada Pak Cik Rais iaitu mak cik Lela...
"Sarahain!!!!" Suara panggilan Asyraf berdengung membuatkan Sarahain Asyiqin dan rakannya Aina yang baru keluar dari perpustakaan mencari dari mana arah suara itu datang
Asyraf muncul betul-betul di hadapan kakaknya dan teman kakaknya " Ada apa jumpa kakak nie???? '' Soal Sarahain Asyiqin pada adiknya
"Petang nie Angah ada plan apa-apa ke?? study group ke? apa ke?" Soal Asyraf
"Ain aku masuk kelas dulu ek" Aina meminta izin pada rakannya dia tak mahu mencampuri urusan keluarga Sarahain Asyiqin yang bermasalah itu
"Asal pelik sangat soalan Ayap nie???" Komen Sarahain Asyiqin pada adiknya
"Okey macam nie lah, petang nie angah jangan balik rumah, ikut Ayap pergi Bistro" Asyraf berkata bersama kegelisahannya
" Buat apa??? Tak nak lah angah kalau Pak Cik Rais cari Angah, mati lah" Sarahain Asyiqin memberi alasan
" Kali ini angah kena percaya and ikut jer rancangan Ayap, Ayap merayu" Kata Asyraf
" Kenapa Ayap nie pelik sangat hari nie???" Soal Sarahain Asyiqin
" Ini ada kena mengena tentang hidup dan mati, kita jumpa kat pagar belakang sekolah..." Asyraf menetapkan tempat di mana mereka akan berjumpa
" Pintu depan yang elok tu ada yang nak masuk hutan tu kenapa???" kata Sarahain asyiqin
" Angah jangan nak bantah apa-apa, ini untuk kebaikan angah jugak yang ayap buat nie..." Kata Asyraf dan meninggalkan kakaknya dalam keadaan terpinga-pinga
Aku bagi intro je lah macam berat je... sekarang nie time for tidur karang memekak lak aku on9 lama2