Tuesday, 28 August 2012

Jahilnya Aku…


Jahilnya aku… Itu lah tajuk yang layak ku berikan pada saat ini, kerana setiap huruf yang ku taip, setiap patah perkataan dan setiap baris ayat itulah yang aku rasa, rasa jahil....
 Aku baru menghabiskan bacaan sebuah novel remaja yang bertajuk 'Nota Adania' karya Zaira Fitrah
Sebenarnya aku kurang suka baca novel remaja tapi, dah tak ada bahan nak tak nak aku ambil dan pinjamnya, akhirnya habis juga aku baca dah hantu novel nak buat macam mana remaja ke kanak-kanak ke nenek ke habis semua aku sental...
Apa kena-mengenanya hantu novel atau novel remaja yang bertajuk Nota Adania nie degan tajuk Jahilnya aku nie???
Jawapannya sebab ada satu part tentang dia di beri Hidayah untuk berubah bukan hanya kesedaran sahaja, di saat aku membaca setiap part itu hati aku terasa  alangkah manisnya jika aku di beri Hidayah sebergitu...
Walau aku pernah bersekolah di Maahad Hafiz yang berstatus tahfiz, walau aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) tapi aku tetap jahil, solat dilewat-lewatkan kadang-kadang tinggal lansung walau hati berkata solat lah, solat lah, kau belum solat...
Kepada ibu-ibu atau guru-guru atau sesiapa yang doanya di makbulkan, doa kan lah insan yang bernama Nurul Hidayah Binti Ab.Lah ini agar dia mendapat Hidayah seperti apa yang di harapkan, dia juga ini merasa manisnya mendapat Hidayah itu... Agar hidupnya sentiasa terpandu
Jangan lupa juga kirimkan Al-Fatihah buat ibundanya iaitu Habibah Zakaria serta ayahndanya Ab.Lah bin Wok agar roh mereka di cucuri rahmat
Tak lupa pada nendanya Siti Binti Haji Taip, bapa saudaranya Zul Azman Zakaria, Halimah serta seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia

No comments:

Post a Comment