Sunday, 16 September 2012

Hoorey! Hoorey!


Hello!!! Hai… hati tengah berbunga-bunga nie…. Tengah tengok cerita Hoorey! Hoorey! Lakonan Akim dan pelakon baru Nur Farah Nazirah, eeerrrr pelakon baru ke??? Maybe untuk cerita tu jer kot…… Bagi penilaian aku lah, cerita tu banyak memberi semangat bagus untuk ditontoni oleh murid-murid sekolah sebab banyak pengajaran dalam cerita tu…
Sekarang pukul 2.05 A.m. belum tidur lagi… esok confirm kenan marah tak tidur….. Hakkkkalllloh buat aku naik angin jer malam nie…. Aku tahu lah tengah taip pakai microsoft word jer maklumlah internet tak ada, boleh pulak nak nasihat aku “ nie baru tak ada internet esok dah ada internet lagi lah” hello awak tu sedar diri sikit bila main internet sampai pukul lima pagi pun sanggup nak marah aku pulak….
Aku teringat tazkirah pagi semalam ada mengatakan kalau bangun tengah malam ambil lah peluang untuk menunaikan tahajjud, kadang-kadang hati rasa sedih jer bila teringat nasihat tu… ada jer aku terbangun empat pagi sebab nak terkencing, aku ingat nasiha itu aku tak lakukan sebab aku nie penakut…
Then ada lagi nasihat yang aku nak kongsikan, kalau dalam kesusahan tak kiralah apa pun masalah atau apa-apa nak di adukan, adu lah dekat Allah, tapi kita ngadu kat manusia, twitter, facebook, dan blog… aku bukan nak kata sesiapa tapi itu adalah aku…..  Aku tak tahu kenapa, bila aku ingat balik… entah lah tak tahulah aku nak di gelar sebagai apa…  Ya Allah ampun lah Hamba mu yang kurang ini….. Hamba-Mu telah membelakang_mu tapi itu bukan niat ku… Hanya kau sahaja lah yang menilai…..
Hati yang berbunga-bunga telah jadi sedih…. Okey lah setakat ini dulu, Yul nak masuk tidur dah… esok nak main Internet… nak bangun awal pagi… nak lepaskan hajat main internet yang paling utama nak bukak score A… baya-baya yul sekarang nie nak ambik SPM dalam masa 3 bulan nie tapi yul masih di tingkatan 4… nak buat macam mana itu rezeki Yul kena tunggu setahun lagi… maybe keputusan Yul lebih better taun depan…
P/S:Key lah dah melalut panjang sangat nie, esok kita copy paste massuk blog yer......




1017a.m.- dah copypaste

No comments:

Post a Comment