Saturday, 22 September 2012

Ke Keyyel

wookey.... Hari Jumaat aku mengambil langkah drastik untuk ikut kehendak hati aku...
Aku tahu, apa yang aku buat ada salahnya, aku tak dengar kata-kata penjaga ku, tapi aku juga perlu mengenal dunia.
kalau nak jadi apa-apa sekalipun, dirumahpun boleh jadi....
Tapi, maafkan lah Nurul wahai pengganti ibuku Mak Andak dan Cik Jah...

Langkah drastik yang aku ambil, untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama ku... Nur Aishah(Lisa) dan Nur Fitrah Azlina
Aku mengambil langkah itu, untuk mengubah sesuatu, aku cemburu dengan orang lain yang ramai kawan, aku cemburu orang lain di kasihi oleh seorang lelaki...

Jika Filem Horey!Horey! mahu keluar dari kepompong rendah diri dengan bantuan neneknya, aku kena keluar sendiri...
Tiada siapa yang akan bantu aku...
Aku tahu tugasku sekarang hanya belajar, tapi jika aku hanya berdiam diri tak ambil langkah drastik ini sampai bila aku akan disitu...

Hari Itu aku bersiap-siap, hati ku rasa tak sedap, tapi aku turutkan juga,  dalam bas aku dah terlajak dari kl sentral patutnya kau berhenti kat situ tepat seperti yang di janjikan... aku patah balik kl sentral naik lrt... terkial-kial lah aku nak beli tiket lrt....
sampai kl sentral lisa dengan ita ajak makan kfc... hanya separuh jer mampu aku makan, sebab masih terkejut dengan kejutan budaya... al maklumlah tak biasa, anak orang kampung lah kata kan...
Malam tu tak pergi mana-manapun... just lepak kat umah lisa jer...
Hari kedua, Sabtu dah lah malam tadi tidur lambat pukul tiga, ngantuk punya pasal entah pukul berapa aku bangun terus masuk bilik sambung tidur terlajak sampai kul 12 tengahario, janji pukul 11 pagi nak gi karaoke. itah lak pergi ofis....
petang tu keluar jugak pergi karaoke. seronok bebenor budak2 nie..... Transport kita orang pakai kereta Lisa tapi di hantar orang iaitu Pak we lisa..... 
Dalam kereta Eita tegur muka aku pucat.... Hahaha Almaklumlah tak biasa keluar dengan lelaki lagi-lagi orang tak kenal.... itu tandanya aku cuak....
Balik karaoke pergi Dominos dengan harapan makan sampai lebam....
balik dari keluar Lisa dengan eita tangkap gambar sampai lebam...
Okey lah, Karangan aku dah hancur... aku just nak kongsi jer....








at keyywel senral

No comments:

Post a Comment