Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Nurul Ain melayani perasaan sendiri, dia teringat pada ayahnya yang sering membawanya ke rumah ibu tirinya, ingat pada adiknya Sumayyah walaupun satu perangai dengan ibunya tapi dia baik hati, teringat pada Along, Angah dan Achik....
1999
Sebaik Tuan Farouk menarik breek kereta, Sumayyah cepat-cepat mahu keluar dari kereta sekelip mata dia telah masuk kedalam rumah dan naik ke tingkat atas bersama muncung itiknya gara-gara ayahnya suruh duduk di belakang untuk memberi peluang urul ain duduk di depan agar sama-sama adil di beri layanan dari si ayah.... Pintu kereta serta pintu bilik menjadi mangsa hempasan Sumayyah....
" Yul tak nak keluar dari kereta??" Tuan Farouk yang sudah berada di pintu rumah berpatah balik ke kereta melihat Nurul Ain yang enggan keluar dari kereta, hati si ayah memahami hati si anak yang murung sejak Sumayyah menarik muncung kerana duduk di belakang, puas Nurul Ain memujuk ayahnya agar Sumayyah duduk dihadapan tapi tidak di endahkan ayahnya......
" Ayaaaahhhhhh! Ain rindu Ummi, boleh hantar Ain balik rumah Ummi" Tuan farouk tahu itu hanya alasan Nurul Ain yang tak mahu tinggal di rumah dia dan isteri keduanya kerana tidak selesa dengan sikap Suzana iaitu isteri keduanya dan ibu kepada Sumayyah...
" Hari ini baru hari selasa, tiap-tiap minggu Yul kena duduk dengan ayah sampai hari khamis kan.... kenapa nak balik awal sangat???" soal Tuan Farouk
" Minggu ni kita ubah sikit, dua hari duduk dengan ayah lima hari duduk dengan ummi" kata Nurul Ain ceria sambil mengeyitkan mata...
" satu lagi, Ayah kena tidur rumah Ummi"Tambah Nurul Ain
Kembali pada masa realiti
" UUUUuuuuuuiiiihhhhhh!!!, tak nak singgah ke????" Laungan Mak Kiah kedai mematikan lamunannya kepada masa realiti, Nurul Ain turun dari pada basikal dan berpatah balik kerana dia sudah terlajak jauh... Nurul Ain tersengih nakal kerana dia akan
" Eh!!! anak ku terlajak, eh, eh.." LAtah Mak Kiah kerana di cucuk Nurul Ain
" nak tutup malu lah tu main cucuk-cucuk orang" Mak Kiah mengusik Nurul Ain yang sudah dianggap anak sendiri sejak kali pertama mereka bersua muka apabila Aina sakinah yang sudah lama tinggalkan kampung halamannya ini pulang dan membawa anaknya yang satu ini
" Mana ada Ain tutup malu, Ain kan memang suka cucuk mak Kiah" Ujar Nurul Ain manja dan melentokkan kepala pada bahu Mak Kiah
" Eh, budak lincah, inagatkan siapa samapai terlajak" Mak Kiah menjungkitkan bahu pada tempat Nurul Ain melentokkan kepala
" ingatkan ibu kesayangan Ain lah, Mak Kiah Latah" kata Nurul Ain ceria
" EHHHHHHHHH!!!! Nurul Ain Binti Tuan Ahmad Farouk, kau jangan cuba tipu orang tua mcam aku nie, tengok muka pun Mak Kiah tahu" Kata MAk Kiah
" Tak ingatkan sesiapalah ibuku" Tingkah nurul Ain berubah, tapi Nurul Ain cuba ceria agar dia tiadak terus diasak. Sikapnya dan ibunya sama, tidak sesekali akan berkongsi masalah denganorang lainkerana takut membebankan, tapi dengan rakan-rakannya jadi lain..... Dia akan sedaya upaya akan memnyembunyikan ,masalahnya
No comments:
Post a Comment