Zaman kecil yang di lalui Nurul Ain tak seindah seperti kanak-kanak lain... Dia terpaksa membahagikan hari pada setiap minggunya kepada dua, iaitu empat hari bersama ayah di rumah ibu tirinya dan tiga hari bersama ibu kandungnya tanpa ayah di sisi padahal ibu dan ayah masih sah sebagai suami isteri, mujur Nurul Ain faham dan tidah menanyakan perihal itu pada ibunya agar tidak berkecil hati. Di Rumah ibu tirinya Nurul Ain terpaksa memekakkan telinga mendengarkan tohmahan dan mengkebalkan diri dengan deraan mental dan fizikal yang dilemparkan terhadap dirinya.... Mujur ada 3 lelaki yang sudah dianggap sebagai abang kandung oleh Nurul Ain dan Sumayyah mengindahkan hari-hari deritanya.... Bila dia meningkat remaja ayah mula kurang menjenguk dan tidak lagi membawanya ke banglo itu sehingga ayah mula sebuk menguruskan perniagaan di luar negara bersama ibu tirinya, ini peluang Nurul Ain untuk menjaga ibunya sepenuh masa sehingga dia mengetahui ibunya mempunyai kanser rahim dan menghembuskan nafas terakhir disaat peperiksaan SPM menjelang ..... Selama ibunya sakit dialah yang mencari nafkah dengan mewarisi menjual nasi lemak dan kuih muih, walaupun semangatnya patah untuk meneruskan hidup selepas kematian ibunya dia mengumpul semula kekuatan apabila terjumpa surat tulisan ibunya.Ikatan kekeluargaan terjalin semula apabila Sumayyah muncul membawa perut yang sarat dan akan di lahirkan saat itu di rumah pusaka milik datuk Nurul Ain.... Meskipun pelbagai caci keji dan derita telah di telan, Nurul Ain tidak membalas bahkan menerima dengan hati yang terbuka dan berjanji akan menjaga dan merawat Sumayyah dengan baik.... Dengan sikap Nurul Ain yang baik Sumayyah terbuka hati untuk berubah dan dalam masa enam bulan Nurul Ain dapat merubah Sumayyah untuk menjadikan Sumayyah sebagai orang yang baru dan sentiasa positif dan taat kepada Allah... Setelah Sumayyah mengumpul segala kekuatan dan yakin untuk menjadi insan yang baru dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran yang telah di tinggalkan suatu ketika dahulu kerana malu dengan kandungan yang dikendongnya... Kedatangan Aiman Hamizi yang mencari Sumayyah amat tepat masanya dan Sumayyah pulang bersama Aiman Hamizi . Setelah Tiga tahun berlalu anak Sumayyah semakin pintar dan Sumayyah mengambil keputusan untuk menjaga anaknya yang di tinggalkan kepada Nurul Ain tapi dia tidak pulang dengan Amzar Marzuki sahaja dia juga mengajak Nurul Ain kembali ke banglo yang pernah merwarnai suka dan duka nurul Ain.... Nurul Ain tak sedar hari itu adalah hari jadinya dan tak menyangka jemputan Sumayyah dan Aiman Hamizi adalah hadiah hari lahirnya buatnya dan dalam kesempatan itu Aiman Hamizi untuk melamar Nurul Ain... Dalam majlis kesyukuran yang di buat Sumayyah mereka menerima kepulangan Puan Suzana bersama Tuan Farouk serta Aizat Hazimi dan Aidil Hakimi sebagai hadiah buat Sumayyah dan Aiman Hamizi. Sumayyah juga menerima hadiah teristimewa iaitu lamaran dari Aizat Hazimi. Hari lahir Sumayyah dan Nurul Ain hanya selang 1 jam sahaja... Kegembiraan mereka tidak berpanjangan apabila Puan Suzana tidak bersetuju Aiman Hamizi berkahwin dengan Nurul Ain dan mahu Aiman Hamizi berkahwin dengan Tiara Azzalea dan Puan Suzana bertindak dengan lebih agresif terhadap Nurull Ain kerana tiga anak lelakinya dan Sumayyah yang dulu berpihak padanya membela Nurul Ain bermati-matian, tuan farouk juga tidak ketinggalan memecah kebisuan dan turut membela Nurul Ain. Demi dendam Puan Suzana mengugut anak-anaknya serta suaminya dan Nurul Ain untuk memalukan Nurul Ain jika Aiman Hamizi tidak Menikahi Tiara Azzalea. Puan Suzana lupa Tuhan Maha Adil meskipun Aiman hamizi bersetuju bernikah dengan tiara Azzalea dan Dia dapat melihat Nurul Ain terseksa sepertti mana ibu Nurul Ain, Nurariana terseksa dengan perbuatannya tidak akan di biarkan Aiman hamizi bahkan Tiara Azzalea lah yang akan dipergunakan oleh Aiman Hamizi untuk mendapatkan zuriat kerana dia berjanji dia akan melepaskan Nurul Ain pada adik2nya yang juga menyimpan perasaan pada Nurul Ain dalam keadaan Suci... adakah aizat hazimi akan berkawin dgn berkahwin dgn nurul ain dan akan mewariskan juga nurul ain pada aidil hakimi atau dia pemilik sepenuhnya setelah kematian sumayyah??
No comments:
Post a Comment